Cari:
Keris Tibet
2010-02-05 13:16:51 CRI Cetak

Keris Tibet telah mempunyai sejarah lebih 1600 tahun. Ia juga di gelar "Keris Zhele Ganbu". Menurut cerita, nama ini diberikan untuk memperingati seorang pahlawan Tibet, Zhele Ganbu. Kononnya, pada zaman purbakala, sebagai etnik penggembala, hampir setiap orang Tibet mempunyai keris sendiri. Namun, bangsawan berasa takut kalau-kalau hamba mereka akan melawan dan memberontak, lalu meminta semua penggembala menyerahkan keris mereka. Ramai juga hamba yang ditangkap kerana enggan menyerahkan keris mereka. Untuk menyelamatkan kawan-kawannya, Zhele Ganbu telah melawan seorang bangsawan dengan kerisnya dan akhirnya terkorban.

Kebanyakan keris Tibet dibuat oleh tukang yang mahir. Di atasnya diukir dengan gambar-gambar yang cantik dan perkataan dalam bahasa Tibet. Keris Tibet telah menjadi sejenis kraf tangan etnik Tibet yang istimewa. Jika Keris Tibet dihadiahkan kepada orang etnik Tibet yang baru berkahwin atau yang baru melahirkan anak, mereka akan merasa sangat gembira dan dihormati.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China