Cari:
Shang Yang, Ahli Politik yang Jalankan Pembaharuan
2010-02-11 10:52:16 CRI Cetak

Nama Shang yang sebenarnya ialah Gongsun Yang. Beliau digelar Shang Yang atau "Datuk Shang" oleh Raja Qin sebagai sebagai penghargaan terhadap jasanya. Itulah sebabnya beliau dipanggil "Shang Yang" oleh generasi yang kemudiannya. Shang Yang lahir pada 390 tahun sebelum Masehi, iaitu zaman Negeri-ngeri Berperang. Beliau pernah menjadi penolong Gongshu Cuo, Perdana Menteri Negeri Wei. Sebelum Gongshu Cuo meninggal dunia, beliau mencadangkan kepada Raja Wei supaya melantik Shang Yang sebagai penggantinya. Pada masa yang sama juga, beliau memberitahu Raja Wei bahawa, jika baginda tidak mahu melantik Shang Yang, baginda mesti membunuhnya supaya bakat Shang Yang tidak digunakan oleh negeri lain. Bagaimanapun, cadangan daripada Perdana Menteri tersebut tidak diberikan perhatian oleh baginda.

Ketika Shang Yang merasa putus harapan kerana jasa dan bakatnya tidak dihargai di negerinya sendiri, Raja Xiao dari Negeri Qin telah mengumumkan bahawa baginda sedang mencari tokoh yang bajik untuk melaksanakan pembaharuan di negerinya. Shang Yang memutuskan untuk pergi ke Negeri Qin untuk mencuba nasibnya. Cadangan pembaharuan yang dikemukakan olehnya untuk memperkuat negeri tersebut telah mendapat penghargaan daripada Raja Qin. Dengan sokongan daripada Raja Qin, Shang Yang telah melaksanakan pembaharuan sebanyak dua kali. Pembaharuan yang dibawa oleh Shang Yang itu telah mengurangkan kuasa bangsawan di negeri Qin, menggalakkan ekonominya dan menjadikan Negeri Qin negara yang paling kuat pada masa itu. Pembaharuan yang dimulakan oleh Shang Yang juga telah menjadi asas yang kukuh kepada penyatuan negara China yang dijayakan oleh Raja Zheng di Negeri Qin yang juga Maharaja Shihuangdi Dinasti Qin kira-kira 100 tahun selepas itu.

Pembaharuan tersebut juga telah menjejaskan kepentingan kebanyakan bangsawan. Akibatnya, setelah Raja Xiao mangkat, Shang Yang juga dihukum mati.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China