Cari:
Qu Yuan, Penyair Patriotik China Yang Terkenal
2010-02-15 18:02:12 CRI Cetak

Qu Yuan (340-278 sebelum Masehi) dilahirkan dalam keluarga bangsawan di negeri Chu. Ketika baru berusia 20 tahun, beliau sudah menjadi pegawai kanan dan sangat dipercayai oleh Raja Huai. Kononnya, beliau boleh masuk ke istana bila-bila sahaja untuk berbincang dengan baginda untuk mengeluarkan perintah, dan juga dapat bertemu dengan utusan dari negeri-negeri lain sebagai wakil baginda. Jadi, beliau dikatakan pernah menjadi pegawai yang paling penting dalam kerajaan pada suatu ketika dahulu. Bagaimanapun, kerana difitnah oleh bangsawan lain, akhirnya beliau telah dipulaukan oleh Raja Huai.

Meskipun dipulaukan, rasa cinta beliau terhadap Negeri Chu tidak terjejas langsung. Dalam tempoh tersebut, beliau telah mencipta banyak sajak yang penuh dengan unsur patriotik. Antaranya, 25 buah sajak yang dihasilkannya itu masih popular hingga kini. Sajak "Li Sao" merupakan sajak yang paling terkenal yang pernah dicipta oleh beliau. Dalam sajak ini, Qu Yuan mengutuk amalan memberi dan menerima rasuah, tidak menghiraukan undang-undang dan pelbagai jenayah lain, yang memperlihatkan semangat patriotik beliau yang lebih mengutamakan kepentingan negeri.

Pada tahun 278 sebelum Masehi, Negeri Chu telah dimusnahkan oleh kerajaan Negeri Qin. Apabila mendengar berita tersebut, Qu Yuan telah membunuh diri dengan terjun ke Sungai Miluo. Hari tersebut ialah hari ke-5 bulan kelimai menurut kalendar China. Kini, hari tersebut disambut sebahagai hari Pesta Perahu Naga. Mengadakan pertandingan perahu naga pada hari ini suda menjadi tradisi, bukan sahaja di China, bahkan di beberapa buah negara di sekitar China. Menurut cerita, ketika melihat Qu Yuan terjun ke dalam sungai, nelaya-nelayan segera mendayung perahu mereka ke tempat itu untuk menyelamatkan beliau. Namun, mereka gagal. Pada hari ini, orang China juga makan ketupat kerana nelayan-nelayan tersebut gagal menyelamat Qu Yuan. Hhari demi hari mereka menunggu, jasad beliau masih belum ditemui. Jadi penduduk Negeri Chu memukul gendang dan melemparkan ketupat ke dalam sungai agar naga, ikan dan udang tidak mengganggu jasad Qu Yuan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China