Keris Yengisar ialah kraf tangan tradisional etnik Uygur. Ia telah mempunyai sejarah lebih 300 tahun. Pemuda etnik Uygur dan Khazak di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang sangat suka membawa sebilah keris dalam kehidupan mereka sehari-hari, sama ada untuk memotong buah-buahan dan daging, atau hanya sebagai hiasan sahaja. Keris yang dihasilkan di Kaunti Yengisar paling terkenal di Xinjiang. Kononnya, pada lebih 300 tahun yang lalu, cuaca di kawasan Yengisar sangat kering. Tanah di sana pun tidak sesuai untuk pertanian. Akibatnya, kehidupan orang di sana menjadi sangat sengsara. Menurut ceritanya, untuk mengubah keadaan tersebut, Tuhan telah membantu seorang tukang keris tempatan meningkatkan kemahirannya membuat keris. Sejak itu, keris Yengisar menjadi sangat terkenal, dan hidup penduduk Yengisar pun menjadi semakin makmur.