Pakaian wanita etnik Zhuang mempunyai cirinya yang tersendiri berdasarkan kawasan kediaman yang berbeza. Di bahagian utara Guangxi, mereka memakai baju pendek yang hanya mempunyai dua baris butang di tengah-tengah. Oleh itu, pakaian dalam yang berwarna biru yang dihias dengan bunga sulaman dapat dilihat di bawah baju luar.
Wanita etnik Zhuang yang tinggal di bahagian selatan Guangxi juga memakai baju pendek, tapi butangnya di sebelah kanan. Mereka juga suka memakai skirt. Semua wanita etnik Zhuang suka memakai rantai dan yang dibuat daripada perak di leher dan di kepala mereka.
Lelaki etnik Zhuang biasanya memakai baju dan seluar yang berwarna biru atau hitam, memakai tali pinggang dan tudung kepada yang berwarna biru atau hitam.