Cari:
Pakaian Etnik Gaoshan
2010-03-06 15:36:26 CRI Cetak

Orang etnik Gaoshan merupakan penduduk terawal yang tinggal di Provinsi Taiwan. Kini kebanyakan daripada mereka tinggal di kawasan pergunungan Pulau Taiwan. Di beberapa tempat di Tanah Besar juga terdapat sejumlah penduduk etnik Gaoshan.

Di bahagian utara Pulau Taiwan, lelaki etnik Gaoshan biasanya memakai baju tanpa lengan. Di bahagian tengah Pulau Taiwan, mereka memakai weskot yang dibuat daripada kulit haiwan dan skirt kain yang berwarna hitam. Di bahagian selatan Pulau Taiwan, lelaki etnik Gaoshan biasanya memakai seluar dan baju yang mempunyai lengan panjang dan berbutang di depan. Wanita etnik Gaoshan memakai baju pendek. Sebahagian daripada mereka memakai skirt, sebahagian yang lain memakai seluar.

Semasa hari raya atau upacara penting, orang etnik Gaoshan akan memakai pakaian khusus yang dihiasi dengan bulu burung dan kulit kerang.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China