Li Bing ialah jurutera irigasi yang paling terkenal pada zaman Neger-negeri Berperang. Pada tahun 256 sebelum Masehi, beliau dilantik sebagai Gabenor Sichuan oleh Raja Zhouxiang di Negeri Qin. Pada masa itu, bencana banjir kerap kali berlaku di Sungai Min di Sichuan. Oleh itu, Li Bing telah mereka bentuk dan mebina projek Empangan Dujiangyan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Berdasarkan penyelidikan geografi yang dilakukan oleh beliau dan anak lelakinya, Li Bing membina dua empangan dalam Sungai Min untuk membahagikan aliran airnya supaya menjadi dua. Beliau juga membina satu saluran besar untuk menyalurkan satu daripada aliran tersebut ke suatu jaringan tali air untuk mengairi sawah.
Projek Empangan Dujiangyan mempunyai fungsi mencegah bencana banjir, mengairi sawah dan juga melancarkan pelayaran. Setelah siap empangan itu, air Sungai Min tidak lagi menjadi ancaman kepada penduduk Sichuan, malah membawa manfaat kepada mereka. Li Bing juga sering membaiki struktur Empangan Dujiangyan ini untuk menjamin banjir tidak berlaku lagi.