Selain projek Empangan Dujiangyan, Li Bing juga menggalakkan pembinaan beberapa banyak projek lain, yang hingga ke masa ini, terus memberikan manfaat kepada penduduk Sichuan.
Menurut "Catatan Sejarah", buku sejarah klasik China, selepas empangan Dujiangyan itu siap, bencana banjir dan kemarau tidak berlaku lagi di sana, dan hasil pertanian sentiasa melimpah. Semuanya ini boleh dianggap hasil usaha dan sumbangan Li Bing, yang diberi gelaran "tuan rumah Sichuan" oleh penduduk tempatan. Empangan Dujiangyan juga merupakan projek irigasi satu-satunya di dunia yang dibina sebelum Masehi dan masih beroperasi hingga masa ini.