Orang etnik Maonan kebanyakannya tinggal di Kaunti Huanjiang, Guangxi. Wanita dan lelaki etnik Maonan suka memakai baju yang berwarna biru. Wanita etnik Maonan memakai baju yang mempunyai butang di sebelah kanan dan dihias dengan dua tali dan bunga sulaman di bahagian dada. Seluar mereka agar longgar.
Mereka juga sangat suka memakai topi yang dianyam dengan menggunakan kulit sejenis buluh tempatan. Lelaki etnik Maonan memakai sejenis baju yang dikenali sebagai "baju butang lima". Satu butang di leher, tiga lagi di sebelah kanan, dan satu lagi di bahagian perut.