Cari:
Dong Zhongshu, Pengasas Sistem Etika China Pada Zaman Purbakala
2010-03-26 10:24:07 CRI Cetak

Dong Zhongshu dilahirkan pada tahun 179 sebelum Masehi dan meninggal dunia pada tahun 117 sebelum Masehi. Ketika Maharaja Wu dari Dinasti Han naik takhta, beliau mengemukakan cadangan kepada baginda supaya melarang rakyat daripada mengikut sebarang aliran fahaman yang lain, kecuali ajaran Konfusius, menganjurkan penubuhan "universiti", institut pengajian tertinggi, untuk membina tokoh profesional dan melantik pegawai berdasarkan kebolehannya. Cadangan beliau dihargai oleh baginda. Sebagai seorang pegawai kerajaan, Dong Zhongshu kurang berjaya. Bagaimanapun, sebagai seorang ahli fikir dan ahli falsafah, beliau memainkan peranan penting dalam sejarah China kerana beliau berjaya membangkitkan semula ajaran Konfusius. Di samping itu, beliau juga berjaya menggabungkan fikiran dari pelbagai aliran lain yang bermula dari zaman Musim Bunga dan Musim Gugur hingga ke zaman Negeri-negeri Berperang, dan menjadikannya sebuah sistem fikiran yang baru.

Pada pendapat beliau, Maharaja Dinasti Han menyatukan China dengan arahan dari langit. Jadi, berdasarkan teori etikanya pegawai patut mematuhi arahan baginda, anak mematuhi arahan bapa, isteri mematuhi arahan suami. Maksudnya adalah untuk memberikan penjelasan munasabah kepadatata susila dan tatatertib dalam kehidupan masyarakat. Teori tersebut digunakan oleh Maharaja Dinasti Han dan semua dinasti kemudiannya sepanjang zaman feudal China untuk memelihara dan memperkukuh pentadbiran.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China