Cari:
Kuil Xuankong di Provinsi Shanxi China (1)
2010-04-06 10:35:11 CRI Cetak

Sebagaimana yang diketahui umum, kuil biasanya dibina di tempat yang rata, tetapi di provinsi Shanxi di sebelah utara China, terdapat sebuah kuil yang dibina di lereng gunung terjal yang hampir tegak lurus. Namanya ialah kuil Xuankong. Kemegahannya sudah cukup untuk mencerminkan kebijaksanaan dan kepakaran tukang bina China yang tinggi pada zaman purba.

Kuil Xuankong ini terletak di Kaunti Hunyuan, iaitu kira-kira 60 kilometer dari bandar Datong, sebuah bandar yang besar di bahagian utara provinsi Shanxi. Kuil yang dibina pada 1400 tahun yang lalu ini merupakan satu-satunya rumah berhala di China yang menggabungkan pengaruh agama Buddha, Tao dan fahaman Konfusius. "Xuan" dari nama Kuil Xuankong berasal daripada ajaran agama Tao, yang membawa erti kuil ini tergantung di lereng gunung terjal dan di bawahnya kosong. Manakala "Kong" pula berasal daripada ajaran agama Buddha.

Kuil Xuankong ini terletak di sebuah lembah gunung. Dilihat dari jauh, ia seolah-olah ditempel di lereng tengah gunung terjal yang hampir tegak lurus. Beberapa tingkatnya hanya ditongkatkan oleh belasan batang tiang kayu bulat yang panjang tetapi kecil. Di bahagian atasnya, terdapat batu yang menonjol ke luar yang seolah-olah akan jatuh.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China