Cari:
Kuil Xuankong di Provinsi Shanxi China (2)
2010-04-12 11:01:16 CRI Cetak

Binaan Kuil Xuankong ini dianggap sebagai keajaiban dalam sejarah seni bina China. Batu yang menonjol di bahagian atasnya seperti payung yang melindunginya daripada hujan. Pada musim panas pula, ia hanya disinari cahaya matahari selama 3 jam sahaja, dan angin kencang juga tidak dapat melandanya kerana ia dilindungi oleh puncak gunung, sehingga kuil yang sudah berusia 1400 tahun ini dapat mengelak daripada hakisan angin dan hujan. Hingga sekarang, ia tetap dipelihara dengan baik.

Terdapat 80 buah patung Buddha pelbagai jenis di kuil ini, seperti patung tembaga, patung besi, patung ukiran tanah liat dan patung pahatan batu. Yang lebih unik ialah patung pengasas agama Buddha Sakyamoni dan pengasas Confucius juga dipuja bersama dalam Dewan Patungnya. Ini jarang ditemui di China.

Patung Buddha di Kuil Xuankong

1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China