Cari:
Zhang Qian, Peneroka Jalan Sutera
2010-04-06 14:08:40 CRI Cetak

Pada tahun 119 sebelum Masehi, dengan arahan Maharaja Wu, Zhang Qiang telah menghantar beberapa belas kumpulan petugas untuk meneroka jalan ke India. Usaha ini juga telah mempererat hubungan antara etnik Han dengan etnik-etnik minoriti di barat daya.

Dengan maklumat yang disediakan oleh Zhang Qian, tentera Han terus menang dalam pertempuran dengan etnik Hun. Untuk terus mempererat hubungan dengan pelbagai negeri di Asia Barat dan Asia Tengah supaya kesemuanya terus memulaukan dan menghapuskan etnik Hun, pada tahun 119 sebelum Masehi, Zhang Qiang mencadangkan agar baginda bersekutu dengan etnik Wusun. Malangnya, disebabkan perang saudara berlaku dalam etnik Wusun, tugas Zhang Qian gagal sekali lagi. Walau bagaimanapun, beliau telah menghantar rombongan untuk melawat etnik Dawan, Kangju, Yüeh-chin Besar, Daxia dan Anxi secara berasingan untuk meningkatkan hubungan. Pada tahun 115 sebelum Masehi, Zhang Qian kembali ke Chang'an, dan meninggal dunia pada tahun 114 sebelum Masehi.

Akhirnya, Dinasti Han bukan sahaja berjaya bersekutu dengan etnik Wusun, malah berjaya menubuhkan kerajaan tempatan untuk menjalankan pentadbiran di bahagian barat. Hubungan antara Dinasti Han dengan pelbagai negeri di barat pun turut menjadi semakin erat.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China