
Etnik Jing merupakan etnik minoriti di China yang jumlahnya agak sedikit sahaja. Kebanyakan mereka tinggai di bandar Fangchenggang di Guangxi. Pakaian etnik Jing agak sederhana. Lelaki etnik Jing memakai baju yang panjang hingga ke lutut, dengna lengannya yang agak ketat. Mereka juga memakai tali pinggang di luar baju. Wanita etnik Jing pula memakai baju yang agak pendek dan ketat, tiada kolar dan butangnya di tengah. Manakala, seluar mereka agak panjang dan longgar.

Jika ke luar, mereka juga suka memakai sejenis baju luar yang kelihatan seperti cheongsam tapi mempunyai lengan yang ketat dan biasanya berwarna cerah. Mereka juga suka memakai topi yang dibuat dengan kulit buluh. Pakaian lelaki dan wanita etnik Jing ini biasanya tidak menggunakan sebarang hiasan.








