Cari:
Wang Zhaojun, Utusan Damai antara Etnik Han dengan Hun
2010-04-10 14:42:22 CRI Cetak

Wang Zhaojun dilahirkan pada tahun 52 sebelum Masehi. Beliau dianggap salah seorang daripada empat orang gadis yang paling cantik dalam sejarah China.

Kononnya, ketika Wang Zhaojun masih kecil, beliau pergi mencuci mukanya di tebing sebatang anak sungai Ikan dalam sungai itu amat terpesona melihat kecantikannya sehingga lupa untuk berenang dan tenggelam ke dasar sungai. Wang Zhaojun juga mempunyai peribadi yang mulia dan sifat yang lurus. Setelah dipilih masuk ke istana sebagai gundik Maharaja Yuan Dinasti Han, beliau tidak mahu memberi rasuah kepada Mao Yanshou, ititu pelukis dalam istana. Akibatnya, Wang Zhaojun dilukiskan sebagai gadis dengan kecantikan yang biasa sahaja. Pada masa itu, Maharaja memilih gundik untuk mendampinginya berdasarkan lukisan kerana gundiknya terlalu banyak. Oleh itu, setelah tiga tahun memasuki istana, Wang Zhaojun masih belum mendapat perhatian dan kasih sayang daripada Baginda. Jadi, beliau menggunakan masa tersebut untuk mempelajari seni dan budaya, ini menjadikannya seorang gadis yang cantik lagi bergaya anggun.

Pada tahun 33 sebelum Masehi, Raja etnik Hun, Huhanye yang mengukuhkan pentadbirannya dengan bantuan Dinasti Han telah menyatakan hasratnya untuk menjalinkan hubungan perkahwinan dengan keluarga diraja Dinasti Han. Maharaja Yuan tidak mahu menghantar puterinya sendiri ke kawasan etnik Hun yang masih sangat mundur itu. Jadi, Wang Zhaojun telah menawarkan diri sebagai utusan Dinasti Han untuk berkahwin dengan Raja Hun. Apabila melihat kecantikan Wang Zhaojun, Maharaja Yuan merasa sangat terkejut dan kesal. Jadi, sebaik sahaja, Wang Zhaojun berlepas menuju kawasan etnik Hun, MaoYanshou pun dibunuh oleh Baginda.

Perjalanan ke kawasan etnik Hun itu jauh sekali. Meninggalkan kampung halaman untuk hidup sepanjang hayat di padang rumput yang begitu asing baginya, menjadikan Wang Zhaojun berasa amat sedih. Beliau memainkan pipa, sejenis alat muzik tradisi China untuk meluahkan kesedihannya. Menurut ceritanya, angsa liar yang mendengar lagu sedihnya itu pun terlupa untuk terbang lalu jatuh ke tanah.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China