Cari:
Wang Zhaojun, Utusan Damai antara Etnik Han dengan Hun
2010-04-10 14:42:22 CRI Cetak

Setelah berjalan selama lebih setahun, akhirnya Wang Zhaojun pun tiba di kawasan etnik Hun. Raja Huhanye telah menyambut ketibaannya dengan upacara sambutan yang meriah. Sejak itu, hubungan antara etnik Han dan etnik Hun menjadi amat baik, dan hubungan persahabatan ini kekal selama lebih 60 tahun. Wang Zhaojun pula telah membawa masuk budaya etnik Han yang agak maju itu ke dalam budaya etnik Hun dan ini menggalakkan pembangunan budaya dan ekonomi di sana.

Setelah hidup selama 16 tahun di padang rumput itu, Wang Zhaojun telah meninggal dunia. Masyarakat etnik Hun telah mengadakan upacara pengebumian yang besar untuk beliau. Beliau dikebumikan di bahagian selatan bandar Huhhot sekarang ini, iaitu di kaki gunung Daqing, di tebing Sungai Kuning.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China