Kouxi
Kouxi merupakan sejenis alat muzik tiupan yang sangat popular di kalangan penduduk etnik Salar, khususnya di kalangan kaum wanita, yang tinggal di tebing Sungai Kuning di bahagian timur Provinsi Qinghai. Panjangnya tidak sampai setengah sentimeter, dan beratnya tidak sampai 0.05 gram. Alat muzik yang bersejarah lama ini, mungkin alat muzik yang paling kecil di dunia.
Kouxi diperbuat daripada dawai tembaga atau perak, dan berbentuk kaki kuda. Bunyi yang dihasilkannya sangat merdu.
Hingga sekarang, penduduk etnik Salar sentiasa membawa alat muzik ini semasa berjalan-jalan. Kalau ada masa lapang, mereka akan bermain alat muzik ini untuk berhibur sendiri. Remaja etnik itu yang sedang bercinta juga suka bermain alat muzik ini untuk meluah cinta mereka.