Cari:
Kubur Dinasti Han Di Mawangdui Changsha (1)
2010-06-23 11:11:12 CRI Cetak

Kubur Zaman Dinasti Han Ditemui

Pada tahun 1971, satu kubur zaman Dinasti Han telah ditemui di Mawangdui di sebelah timur luar bandar Changsha, ibu kota Provinsi Hunan di selatan China. Kubur itu dipenuhi tanah liat berwarna putih dan arang kayu yang menyelubungi keranda. Tanah liat berwarna putih itu setebal lebih satu meter, manakala arang kayu yang diletakkan di bawah tanah liat putih seberat 5 tan. Setelah arang kayu digali dan diangkut dengan 4 buah trak yang penuh, keranda itu telah dikeluarkan. Keranda itu sepanjang 7 meter, seluas 5 meter dan setinggi 3 meter. Setelah keranda yang besar dibuka, di dalamnya terdapat pula 3 buah keranda yang menyelubungi satu demi satu.

Keranda yang digali keluar

Setelah keranda terakhir dibuka, satu mayat wanita telah ditemui. Mayat wanita itu bukan sahaja tubuhnya lengkap dan air mukanya masih dapat dikenali, tetapi rambutnya masih hitam, kulitnya masih belum kering, ototnya masih pejal dan sendi di tubuhnya masih boleh digerakkan. Setelah diadakan bedah siasat, pelbagai organ dalam mayat tersebut masih belum rosak, dalam saluran makan, perut dan usus kecil terdapat lebih 100 biji tembikai manis. Ini sungguh mengejutkan. Dalam keranda itu terdapat cap yang ditulis "Xin Zhui". Menurut kajian, mayat wanita itu bernama Xin Zhui dan adalah isteri Perdana Menteri Negeri Changsha pada Dinasti Han Barat pada abad ke 2 sebelum Masehi.

Kraftangan zaman Dinasti Han yang ditemui

1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China