Cari:
Kubur Dinasti Han Di Mawangdui Changsha (2)
2010-06-30 11:47:19 CRI Cetak

Banyak kraf tangan telah ditemui di dalam Kubur Dinasti Han Mawangdui. Antaranya pakaian, barang makanan, ubat-ubatan, lak, patung kayu, alat muzik, tembikar, lukisan kain sutera, buku kain sutera dan buku yang diperbuat daripada kayu dan buluh. Kraf tangan tersebut bukan sahaja merupakan barang kegunaan seharian, tetapi juga merupakan barang kesenian yang bernilai tinggi. Sebanyak lebih 1400 helai barangan tekstil ditemui dalam kubur-kubur tersebut. Barangan tekstil tersebut dianggap sebagai "khazanah sutera Dinasti Han Barat yang mengkagumkan".

Antaranya terdapat 2 helai baju yang masing-masing sepanjang lebih satu meter dan lengan bajunya kira-kira dua meter, tetapi hanya seberat 28 gram, kain yang nipis itu membiktikan bahawa teknologi tekstil China pada waktu itu sudah sangat maju. Antara buku-buku kain sutera, kayu dan buluh tersebut bukan sahaja terdapat buku ilmiah tentang ilmu falak yang paling awal di dunia, tetapi juga terdapat buku ilmiah dalam bidang perubatan yang paling awal di China. Buku kain sutera yang ditemui dalam ketiga-tiga kubur Dinasti Han Mawangdui Changsha tersebut bukan sahaja jumlahnya banyak, tetapi kandungannya penting, banyak pandangan baru daripada kandungan buku-buku tersebut telah mengubah pandangan tradisional rakyat China.

Penemuan Kubur Dinasti Han Mawangdui Changsha Hunan adalah yang pertama dalam sejaran kaji purba China kerana mayat zaman purba yang terpelihara dengan baik, kain sutera yang cantik lagi nipis dan buku kain sutera ditemui bersama-sama dalam satu kubur purba yang bersejarah lebih 2000 tahun. Oleh itu, penemuan Kubur Dinasti Han Mawangdui Changsha dianggap sebagai salah satu penemuan terpenting dalam sejarah kaji purba China dan dunia.

 

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China