Cari:
Qu Yuan, Sasterawan dan Patriot yang Segemilang Matahari (14)
2010-04-21 11:04:29 CRI Cetak

Pada saat itu, Qu Yuan teringat bahawa jika tentera Qin dapat menakluk ibu kota Yingdu, mereka pasti akan memusnahkan Kuil Diraja Negeri Chu yang di dalamnya tersimpan banyak kepingan kayu peringatan untuk berdoa kepada nenek moyang baginda. Qu Yuan memutuskan untuk pulang ke Yingdu untuk mengadakan upacara berdoa kepada nenek moyang baginda, tanpa mempedulikan risiko yang akan dihadapinya dalam perjalanan itu.

Sebaik sahaja tiba di Yingdu, Qu Yuan menyaksikan ibu kota yang sebelum itu begitu makmur dan sibuk, sudah menjadi sebuah kota yang kosong, penuh dengan runtuhan bangunan dan keadaan yang kacau-bilau. Beliau pergi ke Kuil Diraja Negeri Chu, lalu berlutut di hadapan tempat yang diletakkan pelbagai kepingan kayu peringatan yang tertera nama setiap nenek moyang baginda. Beliau tidak dapat berdiri lagi kerana begitu sedih. Kemudian, Qu Yuan duduk di pintu depan kuil tersebut dengan memeluk lututnya. Beliau tidak mahu meninggalkan kuil diraja itu dan memutuskan biarlah dirinya terkorban di situ mengikut nasib tanah airnya.

Dalam kesibukan rakyat lari untuk meninggalkan ibu kota itu, ada yang menyedari bahawa Qu Yuan masih enggan melarikan diri ke luar Yingdu, lalu segera menariknya dan memaksakannya meninggalkan ibu kota yang hampir ditakluk oleh musuh itu. Mereka menyusuri sungai Yangtze dan memasuki provinsi Hunan melalui Tasik Dongting. Akhirnya apabila tiba di Xupu di bahagian barat provinsi Hunan, barulah mereka menghentikan perjalanan mereka itu.

 

Walau bagaimanapun, selepas itu, Qu Yuan menjadi semakin rindu akan ibu kota Yingdu, malah beliau susah tidur dan makan pun tiada selera. Beliau bertanya-tanya kepada pelarian yang baru tiba di Xupu tentang perkembangan yang terbaru di Yingdu.

Pada suatu hari, tersebarlah khabar bahawa seluruh kota Yingdu akhirnya telah ditakluk oleh tentera musuh. Apabila mendengar berita itu, Qu Yuan menjerit sekuat-kuatnya, lalu jatuh pengsan. Setelah sedar dari pengsan dan bangun, beliau segera berlari ke satu puncak bukit, tanpa memakai topi dan kasut, malah rambutnya pun kusut masai. Kemudian, dengan berlutut ke bumi dan menghadap ke arah barat laut, beliau menangis sekuat hati.

Semua pelarian yang berada di sekitar kawasan itu amat terharu dengan sikap Qu Yuan yang menunjukkan semangat patriotiknya yang begitu kuat.

----DAZHONG

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China