Cari:
Opera Balada Peking
2010-10-12 11:13:43 CRI Cetak

Cerita "Cha Guan (Restoran Teh)"

Ramai yang menyangka bahawa Opera Peking ialah jenis opera yang berasal dari Beijing. Padahal, Opera Balada Peking inilah satu-satunya opera yang terbentuk di bandar tersebut. (Balada bermaksud, lagu atau puisi yang panjang yang mengisahkan sebuah cerita, dan mempunyai baris yang diulang di hujung setiap rangkap.)

Cerita "Di Bawah Panji-Panji Merah"

Opera Balada Peking ini mula menjadi popular pada tahun 1950-an. Ia tidak mempunyai cara berlakon dan watak yang tetap.

Cerita "Orang Peking"

Pada mulanya, opera ini terkenal dengan cerita modennya, termasuk "Duit Sami", "Wakil Kaum Wanita", "Senyum Gembira" dan "Yang Naiwu dan Xiao Baicai". Cerita-cerita yang dihasilkan selepas Revolusi Kebudayaan, iaitu selepas tahun 1978, seperti "Air Mata Gundik Zhenfei" dan "Maharaja Muda", juga amat disukai oleh masyarakat tempatan. Sebilangan cerita yang dihasilkan dengan jayanya selepas itu, seperti "Long Xu Gou (Parit Janggut Naga)", "Cha Guan (Restoran Teh)" dan "Si Shi Tong Tang (Empat Generasi)", membuktikan bahawa opera ini semakin sesuai dengan realiti semasa.

1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China