Cari:
Sima Qian, Pengarang "Catatan Sejarah"
2010-04-19 11:10:48 CRI Cetak

Sima Qian dilahirkan pada tahun 145 sebelum Masehi dan meninggal dunia pada tahun 87 sebelum Masehi. Sejak berumur 20 tahun, Sima Qian sudah memulakan penjelajahan ke seluruh negara untuk mengetahui pelbagai cerita tentang sejarah dalam kalangan rakyat.

Pada tahun 108 sebelum Masehi, beliau dilantik oleh Maharaja Wu, Dinasti Han Barat sebagai "Taishiling", iaitu pegawai yang bertanggungjawab untuk menyusun buku sejarah yang rasmi yang dulunya dijawat oleh bapanya. Pada tahun 104 sebelum Masehi, beliau telah membuat pembaharuan terhadap kalendar lama yang digunakan berdasarkan arahan Maharaja Wu. Beliau juga menetapkan warna kuning sebagai warna rasmi pakaian Maharaja China.

Ketika menjawat jawatan Taishiling itu, beliau mengumpulkan semua buku sejarah yang disimpan oleh kerajaan dan juga menyelidik pelbagai bahan lain untuk menyusun sebuah buku sejarah yang agak sempurna dan berwibawa.

Pada masa itu, Jeneral Li Ling sedang memimpin sepasukan seramai 5000 tentera untuk berperang dengan Etnik Hun. Malangnya, pasukannya telah diserang oleh tentera Hun yang berjumlah 80 ribu orang. Walaupun telah bertempur dengan penuh berani, Jeneral Li akhirnya terpaksa juga menyerah diri kepada tentera Etnik Hun. Maharaja Wu sangat marah apabila mendengar berita tersebut. Pegwai-pegawai lain juga turut mengutuk Jeneral Li. Hanya Sima Qian sahaja yang cuba membela beliau. Jadi, Sima Qian dipenjarakan oleh baginda dan dikenakan hukuman mengembiri. Walau bagaimanapun, setelah dibebaskan, Sima Qian dilantik pula sebagai "Zhongshuling", pegawai yang menguruskan hal ehwal politik dan paling dipercayai oleh baginda. Untuk memenuhi wasiat bapanya, Sima Qian kembali menyusun buku sejarah.

"Catatan Sejarah"

Makam Sima Qian

"Catatan Sejarah" yang disusun oleh Sima Qian merupakan buku sejarah rasmi yang pertama dalam sejarah China. Ia mencatatkean peristiwa bersejarah bermula dari zaman Maharaja Kuning hingga ke zaman Maharaja Wu Dinasti Han Barat selama lebih 3000 tahun. Disebabkan pengetahuan dan pengalamannya amat luas, hasil daripada penjelajahanya ke seluruh negara, serta kehidupannya yang agak berliku-liku itu, maka catatannya terhadap peristiwa sejarah agak objektif, lebih-lebih lagi terhadap pentadbiran Maharaja Wu Dinasti Han Barat, dan ini amat dihargai oleh generasi kemudian.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China