Cari:
Pakaian Etnik Buyi
2010-04-19 11:12:49 CRI Cetak

Orang etnik Buyi gemar kepada warna hijau, biru dan putih. Jadi, kebanyakan pakaian mereka dibuat dengan kain berwarna tersebut.

Pakaian lelaki etnik Buyi agak sederhana. Biasanya baju yang dipakai mereka berbutang di depan dan seluar mereka panjang. Pada musim perayaan pula, mereka memakai jubah.

Wanita etnik Buyi yang tinggal di kawasan pergunungan Biandan di Provinsi Guizhou suka memakai skirt berlisu yang panjangnya hingga ke buku lali. Wanita Buyi di kawasan yang lain pula memakai seluar. Semua wanita etnik Buyi memakai baju pendek yang mempunyai hiasan bunga sulaman atau corak di bahagian depannya. Mereka juga memakai sejenis apron yang panjang dan pelbagai perhiasan daripada perak atau jed

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China