Cari:
Album "Lagu Rakyat 56 Etnik China" Nyanyian Lei Jia (3)
2010-05-19 11:05:11 CRI Cetak
Dalam rancangan kali ini, saya akan meneruskan pengenalan tentang album "Lagu Rakyat 56 Etnik di China" yang dinyanyikan oleh penyanyi muda, Lei Jia.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu rakyat etnik Jing yang berjudul "Bayu Berhembus di Jambatan". Etnik Jing ialah antara etnik yang lebih kecil jumlah anggota masyarakatnya di China, dan kebanyakannya tinggal di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi. Lagu ini lagu cinta. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Bayu berhembus perlahan-lahan di jambatan. Apa yang digerakkannya? Bunga Osmanthus jatuh ke dalam kolam. Aku datang untuk bertemu denganmu pada larut malam. Awan berarak dalam hatiku, apa yang dibimbangkan? Bunga cina harum semerbak. Aku masih merinduimu hingga subuh menjelang tiba".

Seterusnya saya akan menyiarkan lagu etnik Gelao yang berjudul "Kakak Mencuci Pakaian di Tebing Sungai" yang dipersembahkan oleh Lei Jia. Lagu ini menceritakan kisah tentang teruna dan dara yang bermain-main di tebing sungai dalam suasana yang gembira. Lagu ini diiringi oleh sejenis alat muzik yang dibuat daripada buluh. Muzik ini menggambarkan wajah gadis yang comel-comel dan malu-malu dengan lebih baik.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu etnik Zhuang yang berjudul "Matahari Turun ke Sebalik Gunung". Lagu etnik Zhuang lebih berkembang dan nenyanyi merupakan sebahagian penting dalam kehidupan masyarakat etnik ini. Di kampung, orang etnik Zhuang suka menyampaikan perasaan mereka melalui lagu baik ketika pergi ke ladang untuk bekerja, mendaki gunung, dalam upacara perkahwinan atau pengembumian, mahupun ketika ada pesta atau mahu menyampaikan rasa cinta antara teruna dan dara. Lagu "Matahari Turun ke Sebalik Gunung" ini muziknya merdu. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Matahari turun ke sebalik gunung. Awan menghantar matahari pulang. Walaupun aku menghantarmu hingga ke tempat yang begitu jauh, tetapi aku perlu berhenti di sini. Jika aku merinduimu, apa yang boleh aku buat? Janganlah lupa akan daku. Ingati aku dalam hatimu."

Seterusnya, marilah kita bersama-sama menikmati lagu etnik Dahaner "Aku Merinduimu Sepenuh Hati" yang dipersembahkan bersama oleh Lei Jia dan Narisu. Irama lagu ini rancak dan diringi dengan nyanyian latar suara lelaki.

Akhir sekali, saya akan menyiarkan lagu etnik Bao'an yang berjudul "Amat Berat Jika Berpisah denganmu". Sama seperti orang etnik minoriti yang lain, orang etnik Bao'an suka menyanyi dan menari. Lagu mereka yang amat berciri etnik ini dikenali sebagai "Bao'an Hua'er". Pasangan kekasih selalu menyanyikan "Bao'an Hua'er" untuk menyampaikan rasa cinta antara satu sama lain di pinggir hutan. Lagu "Amat Berat Jika Berpinsah denganmu" ialah sebuah lagu "Bao'an Hua'er" yang amat terkenal.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China