Lelaki etnik Dong biasanya memakai baju yang pendek dengan seluar panjang. Kaum wanitanya pula memakai baju tanpa kolar dan butang. Di dalamnya dipakai apron panjang. Mereka juga suka memakai skirt yang panjangnya hingga ke lutut dan mempunyai banyak lipatan dan mengikat kain pelilit berwarna biru di betis.
Hiasan pada pakaian mereka agak sederhana, biasanya bunga bersulam hanya kelihatan pada spron mereka sahaja. Namun, jika pada perayaan, mereka akan memakai banyak perhiasan daripada perak, termasuk perhiasan di kepala yang agak besar dan berat.