Cari:
Opera Tempatan Provinsi Hebei: Opera Bangzi
2010-05-25 13:37:32 CRI Cetak

Opera Bangzi Provinsi Hebei merupakan satu cabang opera Bangziqiang yang amat terkenal di China.

Opera ini terbentuk, hasil daripada penggabungan Opera Bangzi Shanxi dan Shaanxi yang dibawa masuk ke provinsi Hebei pada zaman Maharaja Kangxi, Dinasti Qing (1654-1722), dengan opera tempatan, iaitu Opera Gaoqiang (pic tinggi). Ia bukan sahaja sangat popular di beberapa buah bandar yang besar, seperti Beijing, Shanghai dan Tianjin, malah juga amat disukai oleh penduduk di bandar-bandar kecil dan sederhana serta kawasan desa di provinsi Shandong dan kawasan timur laut.

Lagu dan dialog Opera Bangzi Provinsi Hebei ini biasanya menggunakan dialek tempatan. Dengan nyanyian yang lantang, dramatik dan penuh semangat, opera ini biasanya dipersembahkan untuk meluahkan perasaan, baik geram dan marah, mahupun sedih dan sayu.

Watak dalam opera ini terbahagi kepada empat jenis, iaitu Sheng, Dan, Jing dan Chou. Antara ceritanya yang masih popular hingga ke hari ini termasuklah, "Hu Die Bei (Cawan Rama-Rama)", "Qin Xianglian", "Nan Bei He (Penggabungan Selatan dan Utara)", dan "Chun Qiu Pei".

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China