Cari:
Opera Tempatan Provinsi Hebei: Sixian
2010-06-01 16:11:43 CRI Cetak

Opera Sixian, yang juga dikenali sebagai Opera Hexidiao atau Opera Xianziqiang ini, sangat popular di provinsi Hebei, serta bahagian tengah dan utara provinsi Shanxi. Ia dikatakan terbentuk berdasarkan Xiaoling (puisi pendek dalam bentuk berirama dengan nada yang pelbagai) pada zaman Dinasti Yuan, dan Suqu (lagu rakyat) pada zaman Dinasti Ming dan Qing.

Pada awal abad ke-19, Opera Sixian ini mula berkembang dengan pesat. Dengan itu, muncullah beberapa banyak kumpulan opera ini dan pelakon-pelakonnya yang amat disukai oleh masyarakat. Disebabkan sering membuat persembahan bersama-sama dengan kumpulan Opera Laodiao dan Opera Bangzi, corak persembahan opera ini, baik cara berlakon, mahupun muzik dan seni pementasannya, semakin diperkayakan.

Watak dalam opera ini terbahagi kepada empat jenis, iaitu Sheng, Dan, Jing dan Chou.

Dengan gerak laku yang diperbesar-besarkan, gambaran sifat perwatakan yang halus, serta lagak ngeri yang istimewa, opera ini menampilkan gaya persembahan yang penuh ghairah, berani dan agak kasar.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China