Orang etnik Achang kebanyakannya tinggal di kaunti Longchuan dan Luxi, Zhou Autonomi Dehong, Provinsi Yunnan. Lelaki yang belum berkahwin dalam etnik ini memakai serban yang berwarna putih atau hitam. Manakala, lelaki yang sudah berkahwin memakai serban yang berwarna biru. Mereka juga memakai baju yang berbutang di depan dan mengikat sekeping kain di betis mereka. Gadis etnik Achang suka memakai baju dan seluar yang berwarna biru atau hitam dan memakai serban yang tingginya hingga 60cm. Mereka suka memakai pelbagai jenis barang perhiasan perak dan memakai sejenis tali pinggang yang dinamakan "zhanqun". Wanita yang sudah berkahwin akan memakai skirt panjang.