Cari:
Yingdi (Seruling Helang)
2010-05-31 13:42:40 CRI Cetak

Yingdi (Seruling Helang)

Yingdi atau "Seruling Helang" ini, merupakan alat muzik tiupan klasik dalam masyarakat etnik Tajik dan etnik Kirgiz, iaitu dua etnik minoriti daripada sepuluh etnik yang beragama Islam di China. Alat muzik ini mendapat nama "Seruling Helang" kerana ia diperbuat daripada tulang sayap burung helang. Ia amat popular di Dataran Tinggi Pamir, di bahagian barat daya Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang.

Seruling Helang ini biasanya dihasilkan secara berpasangan. Orang etnik Tajik menggunakan sepasang tulang sayap burung helang untuk membuat dua batang seruling yang bentuk dan ukurannya sama. Kedua-duanya sering dimainkan secara berpasangan, baik dalam aktiviti sambutan perayaan besar-besaran dan majlis perkahwinan, mahupun sebagai iringan muzik dalam tarian dan nyanyian biasa serta aktiviti lumba kuda.

Seruling Helang ini mempunyai tiga lubang. Bunyi yang dihasilkannya amat lantang dan merdu. Ia dimainkan untuk persembahan solo atau berkumpulan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China