Cari:
Opera Tempatan Provinsi Hebei: Laodiao
2010-06-06 17:59:18 CRI Cetak

Laodiao ialah sejenis opera tempatan yang sangat popular di provinsi Hebei, bahagian utara China. Ia dikatakan terbentuk pada zaman Dinasti Qing, iaitu antara tahun 1644 hingga tahun 1991 Masihi, dengan menerap unsur opera Gaoqiang (pic tinggi) dan seni rakyat tempatan yang bercorak rap. Opera ini mendapat nama "Laodiao" kerana asalnya watak utamanya hanya terbahagi kepada Sheng dan Jing (watak lelaki yang bersifat garang atau kasar) sahaja, dan kedua-dua watak ini bersama-sama bernyanyi dengan nada suara watak Laosheng, iaitu watak lelaki pertengahan umur dan lelaki tua.

Melalui evolusi, corak nyanyian yang serba baru bagi opera ini, iaitu nada suara yang dibezakan bagi watak Sheng dan watak Jing, ahkirnya terbentuk. Ia dikatakan hasil daripada penggabungan kelebihan Opera Kun, Opera Peking dan Opera Bangzi dari Provinsi Hebei.

Antara ceritanya yang popular termasuk "Gerbang Shanhaiguan", "Kisah Pahlawan Keluarga Yang" dan "Tanglung Merah".

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China