Cari:
Opera Tempatan Provinsi Hebei: Luantan
2010-06-29 09:42:37 CRI Cetak

Opera Luantan bersama Opera Kun, Opera Gaoqiang dan Opera Sixuan, digelar "empat jenis opera yang paling cemerlang di provinsi Hebei".

Jika dilihat secara menyeluruh, Luantan yang juga dikenali sebagai "memetik rambang" (random pluck) ini bukanlah hanya merujuk kepada jenis opera tempatan di provinsi Hebei sahaja. Sebenarnya, pada zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing, opera Qinqiang (Voice of Qin) di provinsi Shaanxi yang menggunakan alat muzik petikan sebagai alat muzik iringan utamanya itu, digelar "Luantan" (Luan atau random merujuk kepada teknik dan frekuensi memetik). Pada zaman Dinasti Qing, "Luantan" ialah nama umum bagi semua jenis opera, kecuali Opera Kun. Ketika Opera Peking mula terbentuk, ia juga digelar "Luantan".

Opera Luantan Provinsi Hebei ini mula wujud dari penghujung zaman Dinasti Ming. Dengan semakin makmurnya aktiviti perdagangan antara bahagian utara dengan bahagian selatan, opera ini mula tersebar ke bahagian selatan. Lama-kelamaan, muncullah opera Bangziluantan yang menggabungkan ciri-ciri persembahan opera Luantan dengan opera Bangzi di bahagian selatan. Pada zaman Maharaja Qianlong Dinasti Qing (1736-1795), opera ini menjadi sangat popular di provinsi Shandong. Perkembangan opera ini sampai ke puncaknya pada awal tahun 1900-an.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China