Cari:
Laozi, Ahli Falsafah Paling Cemerlang di China pada zaman Purba (7)
2010-06-15 15:17:22 CRI Cetak
Kedua, "Dao" merupakan induk kepada cakerawala. Maknanya "Dao" dianggap sebagai sumber asal, atau "nenek moyang" cakerawala.

Laozi menerangkan pandangannya dalam Bab ke-25 "Tao Te Ching" dengan menyebut, " 'Dao' tanpa bentuk dan bunyi, sudah muncul sebelum terbentuknya langit dan bumi. Sifatnya kabur. Langit dan bumi adalah anak yang "dilahirkan" oleh 'Dao' yang berada dalam gerakan selama-lamanya."

Dengan demikian, Laozi diiktiraf sebagai ahli falsafah yang paling bijak baik di China, mahupun di dunia pada zaman itu kerana beliau mengemukakan konsep falsafah abstrak yang paling tinggi tahapnya. Sebelum Laozi menubuhkan ajaran "Taoisme", para ahli falsafah cenderung memilih sesuatu benda sebagai sumber asal cakerawala apabila memikirkan bagaimana dunia ini terbentuk. Selain Pythagoras dari Greek Kuno yang memilih "nombor" sebagai sumber asal cakerawala, Thales yang juga dari Greek Kuno memilih "air", sedangkan Heraclitus memilih "api". Di China, para ahli falsafah biasanya melihat"langit" dan "bumi" , atau interaksi yang muncul dari pergerakan kedua-duanya sebagai sumber asal cakerawala.

Bagaimanapun, baik "air" dan "api", mahupun "langit" dan "bumi", masing-masing mempunyai bentuk yang tertentu, contohnya "langit" terdiri daripada pelbagai benda seperti matahari, bulan, bintang, angin dan awan, sedangkan "bumi" terbentuk dari lautan, gunung dan dataran. Kesemua itu tidak dapat membantu menjelaskan pertanyaan yang lebih dalam tahapnya, iaitu apakah sumber asalnya benda-benda yang mempunyai bentuk tertentu itu.

Berbanding dengan pandangan yang dikemukakan oleh ahli falsafah sebelumnya, "Dao" yang dikemukakan oleh Laozi dilihat mempunyai tahap abstrak yang lebih tinggi sehingga dapat mengatasi batas konsep yang bertahap rendah.

Cuma, jika dinilai dengan piawaian pada zaman sekarang, ajaran "Taoisme" yang menganggap "Dao" muncul sebelum terbentuknya langit dan bumi, tetap dilihat sebagai idealisme yang salah, disebabkan sesuatu "hukum" tidak mungkin terbentuk terlebih dahulu sebelum terbentuknya benda-benda yang terbabit.

Laozi berjaya menggambarkan "Dao", iaitu "hukum" penuh dengan misteri yang amat menakjubkan. Sebenarnya, "hukum" itu terselindung di belakang gejalanya dan berfungsi sebagai penghubung kepada pelbagai gejala yang terbabit. Ia boleh difahami oleh manusia melalui pendekatan abstrak yang saintifik, dan bukannya melalui cara melihat sahaja.

Zaman ini ialah zaman purba yang masih agak mundur dari segi tamadunnya, dan Laozi masih terikat pada tata susila ketika itu. Namun, walaupun belum dapat menguasai seluruh hukum alam dan sosial dengan tepat, beliau sudah cukup hebat kerana berjaya mengemukakan pandangan yang amat hamper dengan perbahasan tentang hakikat kaedah yang benar. Kejayaannya ini berdasarkan penelitian dan perumusannya terhadap segala pengalaman yang ditimbanya melalui perkembangan masyarakat serta ramalan yang dibuatnya dengan penuh kebijaksanaan.

Ahli fizik yang tersohor, Capra memuji dan memberikan pandangan yang positif terhadap "Taoisme". Kata beliau, "Antara semua tradisi yang mulia, pada pendapat peribadi saya, 'Taoisme' menunjukkan kebijaksanaan yang paling tinggi dan paling logik. Ajaran ini menegaskan hubungan yang selaras antara segala gejala, baik yang melibatkan individu mahupun masyarakat."

Pada hakikatnya, aspek yang paling cemerlang dalam kitab "Laozi" ini adalah huraiannya tentang kaedah perdebatan primitif.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China