Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu rakyat etnik Hezhe yang berjudul "Betapa Indahnya Kampung Halamanku".
Etnik Hezhe ialah antara etnik minoriti yang bersejarah lama di kawasan timur laut China. Walaupun bilangan anggota masyarakatnya tidak ramai, tetapi orang etnik Hezhe ini pandai menyanyi dan menari. Orang Hezhe yang berusia semuanya pandai menyanyi lagu rakyat etnik mereka. Lagu rakyat mereka kebanyakannya berkait rapat dengan kerja mereka seharian termasuk menangkap ikan dan memburu, serta kehidupan dan aktiviti hiburan mereka. Iramanya merdu dan senang diingati bahkan diwaris. Lagu "Betapa Indahnya Kampung Halamanku" ialah lagu etnik Hezhe terkenal yang menggambarkan semangat orang etnik Hezhe yang membara dan rasa sayang mereka terhadap kampung halaman.
Seterusnya, saya akan menyiarkan lagu rakyat entik Elunchun yang berjudul "Penyanyi yang Teristimewa". Etnik Elunchun juga tinggal di kawasan utara China. Hidup mereka bergantung pada memburu dan bertani. Lagu ini menceritakan tentang seroang penyanyi yang bernama Unaji. Ia juga menyampaikan rasa sayang orang entik Elunchun terhadap kampung halaman mereka. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Ujian yang bijak lagi jelita, memang seorang penyanyi yang istimewa. Jika dia berdiri di puncak gunung dan menyanyi lagu Zandaren, awan berhenti berarak, dan burung pun tidak terbang lagi, terpukan mendengar suaranya yang merdu.'
Sekarang saya akan menyiarkan lagu etnik Ewenke yang juga menyampaikan rasa cinta pada kampung halaman. Lagu ini berjudul "Tasik Angsa Liar". Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Burung yang berbagai-bagai terbang di langit, betapa indahnya pemandangan tasik angsa liar. Suara orang etnik Ewenke menyanyi bergema di sini. Lagu memuji tempat yang berpemandangan indah. Inilah kampung halamanku.'
Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu etnik Dulong yang berjudul "Kampung Halamanku yang Disayangi". Etnik Dulong ialah antara etnik yang jumlah anggota masyarakatnya amat kecil di China. Etnik ini dinamakan Dulong kerana mereka tinggal di kawasan lembah sungai Dulong, provinsi Yunnan. Lagu etnik Dulong muziknya mudah tetapi rentaknya istimewa. Sila nikmati lagi ini.