Cari:
Makam Maharaja Dinasti Xia Barat (1)
2010-07-07 08:37:13 CRI Cetak

Pada masa lebih 770 tahun yang lalu, di China wujud serentak 3 dinasti iaitu Dinasti Song yang diasaskan oleh etnik Han di tengah China, Dinasti Liao yang diasaskan oleh etnik Nuzhen di timur laut China dan Dinasti Xixia atau Xia Barat yang diasaskan oleh etnik Dangxiang di barat laut China.

Penemuan makam maharaja Dinasti Xia Barat merupakan hasil penemuan kaji purba penting yang dicapai oleh ahli arkeologi China. Penemuan itu juga merupakan perkara yang penting dalam sejarah kaji purba etnik minoriti China.

Dinasti Xia Barat mempunyai bahasa dan hurufnya sendiri. Tetapi malangnya, setelah Maharaja Genghiskhan Mongolia mengalahkan Dinasti Xia Barat pada tahun 1227 Masihi, Genghiskhan telah membunuh semua penduduk etnik Dangxiang, huruf dan perkataan serta buku-buku Dinasti Xia Barat juga telah pupus dan musnah.

1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China