Cari:
Makam Maharaja Dinasti Xia Barat (1)
2010-07-07 08:37:13 CRI Cetak

Pada awal tahun 1970-an, makam maharaja Dinasti Xia Barat telah ditemui secara kebetulan di padang terbiar di Wilayah Autonomi Hui Ningxia di barat laut China. Dalam tempoh 30 tahun selepas itu, 9 buah makam maharaja dan 250 buah kubur bangsawan dan pembesar Dinasti Xia Barat telah ditemui di kawasan kira-kira seluas 50 kilometer persegi.

Bangunan bahagian atas makam maharaja Dinasti Xia Barat dinamakan pagoda makam dan digelar sebagai "piramid di Timur". Ia dibina dengan tanah liat, berbentuk piramid bersegi 8 dan bertingkat-tingkat. Garis tengahnya antara 3 meter hingga 4 meter. Pagoda merupakan bangunan yang penting dan juga istimewa dalam taman makam maharaja Dinasti Xia Barat dan jarang ditemui di kawasan lain di China. Ini telah memperlihatkan adat istiadat pemakaman diraja dan bangsawan Dinasti Xia Barat yang istimewa.

Makam nombor 3 maharaja pertama Dinasti Xia Barat Li Yuanhao merupakan makam yang keluasannya paling luas dan dipelihara paling baik antara 9 buah makam maharaja. Penemuan dan penyelidikan arkeologi makam maharaja Dinasti Xia Barat terutamanya dijalankan di Makam Nombor 3 tersebut.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China