Cari:
Makam Maharaja Dinasti Xia Barat (2)
2010-07-14 10:26:45 CRI Cetak

Makam nombor 3 maharaja pertama Dinasti Xia Barat Li Yuanhao merupakan makam yang keluasannya paling luas dan dipelihara paling baik antara 9 buah makam maharaja. Penemuan dan penyelidikan arkeologi makam maharaja Dinasti Xia Barat terutamanya dijalankan di Makam Nombor 3 tersebut.

Dalam penemuan dan penyelidikan terhadap makam nombor 3 yang dijalankan pada 30 April 2000, ahli arkeologi telah menemui satu arca burung yang berwajah manusia yang lengkap di sudut timur laut kawasan taman makam itu. Ahli arkeologi memastikan menerusi penyelidikan bahawa burung yang berwajah manusia itu adalah Jialingpinja yang berasal daripada bahasa Sanskrit yang dicatat dalam kitab agama Buddha. Jialingpinja merupakan sejenis burung yang boleh mengeluarkan bunyi merdu yang wujud di kawasan pergunungan Himalaya Tibet China. Burung itu dianggap burung suci dalam agama Buddha yang berada di syurga. Arca tersebut mungkin merupakan pahatan hiasan pada bangunan agama Buddha.

1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China