Cari:
Laozi, Ahli Falsafah Paling Cemerlang di China pada Zaman Purba (8)
2010-06-23 09:44:34 CRI Cetak

Teori Perbahasan Primitif berbeza dengan Teori Perbahasan Saintifk, kerana ia merujuk kepada perbahasan tentang material dan terbentuk dalam masyarakat yang masih mundur dari aspek pengeluaran, tatasusila dan perkembangan teknologinya. Ia dapat membuat rumusan terhadap sesuatu kejadian atau sesuatu benda serta hukum pergerakannya, dengan bergantung pada pengalaman masyarakat yang ditimba dari alam sekitar dan aktiviti sosial. Selain itu, pembentuknya juga tidak terlepas daripada khayalan yang penuh dengan kebijaksanaan.

Pemikiran Laozi tentang kaedah perbahasan tertumpu kepada "Pertentangan adalah hukum segala pergerakan" yang melibatkan tiga perkara iaitu, pertama, segala benda dan gejala yang bertentangan mempunyai kaitan yang saling membantu.

Kedua, "pertentangan" merupakan penjana kepada segala pergerakan dalam cakerawala. "Yin" dan "Yang", iaitu "negatif" dan "positif", dan "Qi" yakni "tenaga dalam" sudah dikemukakan sebagai unsur pertentangan yang bersifat umum dalam bidang falsafah China seawal zaman Dinasti Zhou Barat lagi. "Yin" dan "Yang" bermaksud "menghadapi sinar matahari" dan "membelakangi sinar matahari" mengikut penjelasan asalnya. "Yin" dan "Yang" bukan sahaja bertentangan, tetapi juga saling bergantung. Rumusan ini turut membantu ahli falsafah China menghasilkan pemikiran mengenai hakikat adanya hubungan yang saling bergantung antara dua pihak yang bertentangan 

Ketiga, jika berkembang terlalu cepat, sesuatu benda atau gejala itu pasti akan berubah berkembang ke arah yang bertentangan. Ada suatu pepatah dari Kitab "Laozi" amat paling terkenal mengenai teori ini, iaitu "Peristiwa yang menguntungkan akan mendatangkan kemalangan, manakala peristiwa yang malang pula akan mendatangkan keuntungan."Kedua-dua jenis peristiwa tersebut tidak mempunyai piawaian yang tetap atau batas yang tertentu, dan kedua-duanya sering bertukar-ganti antara satu sama lain.

Keadaan yang biasa boleh berubah menjadi keadaan yang luar biasa, sedangkan keadaan yang luar biasa juga boleh berubah menjadi yang biasa. Orang yang baik berkemungkinan berubah menjadi orang yang jahat dan kejam, manakala orang yang jahat dan kejam juga berkemungkinan berubah menjadi orang yang baik dan berbudi bahasa.

Laozi, dalam buku yang dihasilkannya, mengungkapkan rasa kesalnya tentang khalayak yang kurang faham tentang "Dao" sejak sekian lama.

Pada hakikatnya, pemikiran Laozi tentang kaedah perbahasan dan panduan hidup dalam masyarakat, seperti dalam pepatah "Peristiwa yang menguntungkan akan mendatangkan kemalangan, manakala peristiwa yang malang juga akan mendatangkan keuntungan", sudah pun menjadi komponen inti dalam kebudayaan China yang dianggap begitu cemerlang. Ia bukan sahaja membantu bangsa China menyakinkan diri untuk mencari sinar apabila berada dalam kebuntuan dan berdepan dengan kesukaran, tetapi juga mengingatkan kita untuk menjauhkan diri dari kesombongan apabila mencapai kejayaan atau mendapat kedudukan yang tinggi.

Selain itu, Laozi juga menghuraikan kaedah perbahasannya dari aspek alam sekitar dan tatasusila. Contohnya, "Puting beliung tidak bertiup sepanjang pagi, hujan lebat tidak turun  sepanjang hari." Pepatah ini mengibaratkan apa jua peristiwa yang melampau tidak mungkin berkekalan, malah akan berubah dan berkembang ke arah yang sebaliknya.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China