Cari:
Zhuihu
2010-07-12 08:34:10 CRI Cetak

Zhuihu

Zhuihu, yang juga dikenali sebagai "Zhuiqin" atau "Zhuizi" ini, merupakan alat muzik bertali yang dihasilkan berasaskan Sanxian kecil. Alat muzik yang mempunyai sejarah hampir seratus tahun ini, amat disukai oleh masyarakat di provinsi Henan, di bahagian tengah China. Ia sering dimainkan untuk mengiringi opera tempatan.

Zhuihu ini terdiri daripada tiga bahagian, iaitu kepala, pemegang dan badan. Badannya yang berbentuk bulat torak, diperbuat daripada kayu keras atau kepingan tembaga. Pemegang dan kepalanya mirip Sanxian, sejenis alat muzik petikan klasik yang dicipta pada zaman Dinasti Qin. Ia dimainkan dengan tali penggesek yang diperbuat daripada bulu ekor kuda.

Bunyi yang dihasilkan oleh alat muzik ini agak besar, tetapi sangat lembut dan halus. Ia bukan sahaja dapat meniru bunyi suara dan nyanyian orang, malah boleh meniru bunyi burung dan haiwan-haiwan yang lain.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China