Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu rakyat etnik Tibet yang berjudul "Gesang La". Etnik Tibet, kebanyakan anggota masyarakatnya tinggal di Wilayah Autonomi Tibet, provinsi Qinghai dan Gansu yang terletak di kawasan barat China. Orang etnik Tibet pandai menyanyi dan menari. Dataran Tinggi Qinghai-Tibet telah membentuk pribadi orang Tibet yang teguh dan tabah. Namun, lagu "Gesang La" ini menceritakan suasana yang gembira ketika anggota keluarga masyarakat etnik ini bertemu. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Saat ini saat gembira kerana kita dapat bertemu. Marilah kita bersama-sama menikmati suasana yang cukup mengembirakan ini. Moga-moga saat yang indah ini kekal. Semoga setiap orang sihat dan bahagia."
Demikian tadi, telah kami siarkan lagu etnik Tibet yang terdapat dalam album "Lagu Rakyat 56 Etnik China" yang dinyanyikan oleh penyanyi muda, Lei Jia. Lei Jia khusus menyanyikan lagu ini dalam bahasa Tibet untuk menggambarkan keistimewaan budaya etnik ini sepenuhnya.
Sekarang saya akan menyiarkan lagu "Arirang" yang dinyanyikan oleh Lei Jia dalam bahasa etnik Korea.
Seterusnya, saya akan menyiarkan lagu etnik Dong yang berjudul "Lagu Riang-riang". Etnik Dong terdapat di provinsi Guizhou, Hunan, Hubei dan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi yang terletak di kawasan barat daya China. Orang Dong kebanyakannya bekerja sebagai petani. Jadi, lagu rakyat etnik Dong amat berciri tempatan. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Dengarlah aku meniru bunyi riang-riang, dan aku harap engkau ikut menyanyi bersamaku. Walaupun suara kita tidak selantang suara riang-riang, tetapi kehidupan kita juga penuh gembira. Kita menyanyikan masa remaja dan kasih sayang."
Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu etnik Gaoshan yang berjudul "Antan". Etnik Gaoshan ialah entik minoriti yang tinggal di Taiwan. Orang etnik ini amat berbakat dalam bidang seni, seperti tarian, muzik, dan ukiran yang dihasilkan oleh mereka amat terkenal. Lagu "Antan" ini diiringi oleh muzik yang rancak dan amat menarik. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Bulan yang indah naik dari bukit sebelah timur. Marilah kita menari dan menyanyi pada saat yang gembira ini. Silalah datang kawan-kawan. Cahaya bulan sedang meyinari pokok kelapa. Mari kita menyanyi dan menari, bermandi cahaya bulan."