Cari:
Keris Husa Etnik Achang
2010-07-02 10:49:21 CRI Cetak

Keris etnik Achang amat terkenal ini dibuat di kampung Husa Provinsi Yunnan. Oleh itu, ia juga dikenali sebagai Keris Husa. Nenek moyang orang etnik Achang sudah mahir menuang besi sejak zaman Dinasti Tang (tahun 618-907). Pada tahun 1441 hingga 1449, ketika tentera Maharaja Dinasti Ming berperang dengan kerajaan etnik Dai, kebolehan penuangan besi etnik Han telah dibawa ke Husa. Penduduk etnik Achang di situ telah ditugaskan untuk menyediakan keris bagi tentera Dinasti Ming. Mulai saat itulah, Keris Husa menjadi sangat terkenal. Hingga ke masa ini, ia bukan sahaja menjadi sejenis perhiasan bagi oang etnik Achang, malah merupakan koleksi yang sangat berharga bagi pengumpul keris atau senjata tajam.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China