Cari:
Zhuge Liang Tokoh Politik Yang Setia Lagi Bijaksana
2010-07-09 08:49:25 CRI Cetak

Zhuge Liang dilahirkan pada tahun 181. Pada masa itu, pentadbiran Dinasti Han Timur telah menjadi lemah dan terpecah-belah kerana dikuasai oleh pelbagai hulubalang. Mereka sentiasa bertelagah berperang sesama sendiri hingga hidup rakyat menjadi begitu sengsara. Zhuge Liang berazam untuk menolong seorang pahlawan yang berakhlak mulia untuk menyatukan kembali negara, memulihkan pentadbiran Dinasti Han dan mengembalikan kebahagiaan kepada hidup rakyat. Oleh kebijaksanaannya yang luar biasa itu, Zhuge Liang digelar "Wo Long", atau "naga yang tidur".

Pada masa itu, kuasa Liu Bei masih nelum kuat. Oleh itu, beliau sangat memerlukan tokoh yang berbakat. Apabila mendengar kehebatan Zhuge Liang itu, beliau telah berkunjung ke rumah Zhuge Liang sebanyak tiga kali untuk mendapatkan bantuannya. Zhuge Liang merasa terharu dengan keikhlasan Liu Bei yang bersungguh-sungguh memujuknya supaya menyokong pendirian politiknya dan berkhidmat untuk membantu beliau menyatukan negara. Setelah menganalisis situasi ketika itu, beliau pun mencadangkan supaya Liu Bei menubuhkan negeri Shu tahap demi tahap untuk mengimbangi kekuatan negeri Wei yang dipimpin oleh Cao Cao di bahagian utara, dan negeri Wu di bawah pimpinan Sun Quan di bahagian selatan.

Dengan bantuan Zhuge Liang, Liu Bei telah bersekutu dengan Sun Quan lalu bersama-sama menentang Cao Cao yang kekuatannya paling besar ketika itu. Akhirnya Liu Bei berjaya menubuhkan kerajaan negeri Shu pada tahun 221. Zhuge Liang dilantik sebagai perdana menteri.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China