Cari:
Zhuge Liang Tokoh Politik Yang Setia Lagi Bijaksana
2010-07-09 08:49:25 CRI Cetak

Zhuge Liang dalam drama TV

Pada tahun 222, kerana perselisihan yang semakin hebat dengan negeri Wu, maka tercetuslah perang antara kedua-dua negeri ini. Liu Bei tewas dan meninggal dunia kerana sakit teruk. Namun, sebelum meninggal, Liu Bei meminta Zhuge Liang supaya terus membantu anaknya untuk mencapai cita-citanya menyatukan negara.

Zhuge Liang berusaha bersungguh-sungghu untuk membantu Liu Chan, anak Liu Bei untuk mentadbir negeri Shu. Beliau telah melantik pegawai yang berbakat, membangunkan ekonomi tempatan dan menyusun semula tentera negeri Shu. Akhirnya kerajaan kekuatan negeri Shu menjadi semakin kuat. Pada tahun 227, Zhuge Liang telah memohon untuk memimpin tentera Shu untuk berperang dengan negeri Wei. Namun, oleh pelbagai sebab dan halangan, usaha beliau untuk pergi berperang dengan negeri Wei itu tidak berjaya hingga kali keenam. Pada tahun 234, Zhuge Liang telah meninggal dunia dalam perang yang keenam dengan negeri Wei, namun kematiannya adalah kerana sakit.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China