Orang etnik Deang kebanyakannya tinggal di Provinsi Yunnan bersama-sama dengan pelbagai etnik yang lain seperti Dai, Jingpo, Wa dan Han.
Lelaki Etnik Deang memakai baju yang berwarna hitam dan seluar pendek yang longgar. Wanita etnik Deang pula suka memakai baju pendek yang berwarna hitam dan dihias dengan butang berupa empat segi dan dibuat daripada perak, dan skirt panjang yang dihias dengan jalur yang berwarna-warni. Mereka juga suka mengikat simpai yang dibuat daripada rotan. Mereka berpendapat memakai semakin banyak simpai yang cantik membuktikan orang itu cerdas dan pandai bekerja. Selain itu, pakaian lelaki dan wanita etnik Deang juga dihias dengan banyak "jambul" yang berwarna-warni. Ini merupakan ciri khas yang paling istimewa pada pakaian orang etnik Deang.