Cari:
Album "Lagu Rakyat 56 Buah Etnik China" yang Dinyanyikan Lei Jia (10)
2010-07-13 10:37:40 CRI Cetak
Dalam rancangan kali ini, saya akan memperkenalkan beberapa buah lagi lagu rakyat etnik daripada album "Lagu Rakyat 56 Buah Etnik China" yang dinyanyikan oleh penyanyi muda, Lei Jia.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu etnik Manchu yang berjudul "Dodoi". Etnik Manchu ialah antara etnik yang jumlah anggota masyarakatnya agak ramai di China. Muzik etnik Manchu berbagai-bagai, dan kandungan lagunya melibatkan pelbagai aspek kehidupan. Lagu "Dodoi" ini mempunyai lirik yang ringkas dan iramanya perlahan. Jika kita hayati persembahan Lei Jia ini, terasa seoleh-olah kita kembali ke pangkuan ibu dan kembali ke zaman kanak-kanak yang cukup menggembirakan. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Serigala datanglah, harimau datanglah, monyet pun, marilah datang. Takut tak, anak yang ku sayangi? Tidurlah, jangan menangis lagi. Serigala sudah lari, harimau sudah lari, monyet pun sudah pergi. Buah hatiku, janganlah takut. Tidurlah dalam pangkuanku."

Seterusnya, saya akan menyiarkan lagu rakyat etnik Sui yang berjudul "Bulan Sabit Kelihatan Seperti Tanduk Lembu". Masyarakat etnik Sui kebanyakannya tinggal di provinsi Guizhou, kawasan barat China. Di sana terdapat hutan tebal dan pemandangan pergunungan yang indah. Kawasan ini banyak mengeluarkan ikan, beras, bunga dan buah-buahan. Lagu yang akan saya siarkan ini iramanya agak perlahan, gayanya sama seperti lagu dodoi tadi. Ia menceritakan suasana yang nyaman pada malam musim panas. Silalah nikmati lagu "Bulan Sabit Kelihatan seperti Tanduk Lembu" yang dipersembahkan oleh Lei Jia.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu etnik Han yang berjudul "Melur". Orang China amat suka pada bunga melur, dan terdapat banyak sekali lagu rakyat yang menceritakan bunga ini. Lagu rakyat Jiangsu tentang bunga ini paling terkenal di China dan paling luas pengaruhnya. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Bunga melur yang cantik berkembang serentak di semua cabang. Bunganya paling harum antara semua bunga di taman. Aku ingin memetik sekuntum bunga ini untuk dipakai tetapi bimbang dimarahi penjaganya. Bunganya lebih putih daripada salji. Aku ingin memetik sekuntum, tetapi bimbang dicemul orang lain. "

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu rakyat etnik Va yang berjudul "Jialinsai". Lagu ini amat popular hinggakan setiap anggota etnik Wa pandai menyanyikan lagu ini. "Jialinsai" ialah perkataan yang disebut oleh orang entik Va ketika mereka menari. Iramanya rancak. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Tidak kira lelaki atau perempuan, orang tua atau kanak-kanak, marilah kita semua menyanyi. Walaupun kita akan berpisah nanti, janganlah sedih, kerana kita pernah bersama dalam saat yang bagitu menggembirakan."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China