Opera Yangge di kaunti Longyao, provinsi Hebei ini, terbentuk kira-kia 400 tahun yang lalu, berdasarkan lagu yang dinyanyikan oleh kaum tani semasa bekerja di sawah padi pada zaman purba.
Opera ini mempunyai beberapa ciri yang tersendiri. Pertama, wataknya agak lengkap dan pementasannya menggabungkan nyanyian, dialog, tarian dan lakonan. Kedua, gaya persembahannya penuh dengan ciri-ciri kampung. Ketiga, ceritanya agak banyak. Keempat, bahasanya mudah difahami, dan nada suara penyanyinya agak sederhana. Dan, kelima, alat muzik untuk mengiringi persembahannya agak sedikit. Opera ini mempunyai nilai yang tinggi bagi para pengkaji opera, bukan sahaja untuk mengetahui sejarah opera tempatan dari provinsi Heibei, malah bagi opera seluruh China.