Cari:
Lagu Rakyat Tibet
2010-07-19 17:31:31 CRI Cetak
Etnik Tibet ialah satu etnik daripada 56 buah etnik di China. Masyarakat etnik ini kebanyakannya tinggal di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet. Budaya Tibet yang amat istimewa ini terbentuk melalui perkembangan sejarahnya yang panjang. Dalam rancangan hari ini, saya akan membawa anda ke Dataran Tinggi Qinghai-Tibet untuk mengetahui serba sedikit tentang kehidupan orang Tibet yang berwarna-warni ini dengan menikmati lagu rakyatnya.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita nikmati lagu "Gembala". Lagu ini mengisahkan hal-hal mengenai kehidupan harian penggembala. Nyanyian juga merupakan salah satu cara untuk menyampaikan rasa gembira, marah atau sedih masyarakat etnik ini. Lagu yang akan saya siarkan ini ialah lagu yang selalu dinyanyikan oleh penggembala di kawasan utara Tibet ketika menggembala lembu dan kambing

Alam sekitar kawasan Dataran Tinggi Qinghai-Tibet, iaitu tempat tinggal orang etnik Tibet ini amat buruk dan amat sukar bagi kehidupan mereka. Namun ini menjadikan orang Tibet memiliki sikap yang teguh, badan yang kuat dan kaedah menghasilkan pengeluaran serta kehidupan yang istimewa. Pada masa dulu, orang Tibet membina rumah dengan menggunakan tanah Aga sebagai dasarnya. Aga ialah sejenis tanah tempatan yang istimewa yang boleh menjadikan asas rumah lebih kukuh. Apabila orang Tibet bekerja, mereka selalu menyanyi sambil bekerja. Oleh itu, gerakan mereka yang sama rentaknya kelihatan seperti orang menari.

Seterusnya, mari kita bersama-sama menikmati lagu "Membina Tembok" yang dinyanyikan oleh penyanyi etnik Tibet, Ya Dong. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Datanglah teruna dan dara, mari kita membina tembok bersama-sama. Engkau tukul sekali, aku tukul sekali. Mari kita bersama-sama membina rumah yang baru. Rumah yang baru dan pasangan yang baru berkahwin kelihatan mulia, kehidupannya bahagia."

Orang Tibet pandai menyanyi dan menari. Kedua-duanya merupakan aktiviti hiburan utama, baik dalam kehidupan seharian, mahupun dalam upacara menyambut sebarang pesta.

Sekarang, saya akan menyiarkan lagu "Pulang" yang dinyanyikan oleh biduanita etnik Tibet, Cangyangzhoma dalam bahasa Tibet. Lagu ini menceritakan kisah tentang seorang teruna yang pulang dari perantaran membawa balik pelbagai hadiah yang berharga untuk kekasihnya untuk membuktikan rasa cintanya yang mendalam.

Menghadiahkan "Hada" adalah satu tradisi dalam masyarakat Tibet. "Hada" ialah sehelai pita sutera yang panjang. Sejak zaman dahulu kala hingga sekarang, orang etnik Tibet melihat warna putih sebagai tanda suci dan bahagia, maka "Hada" biasanya adalah berwarna putih. Orang Tibet biasanya akan memegang "Hada" dengan dua belah tangan sambil membongkok untuk menghadiahkan "Hada" kepada tetamu. Manakala, penerima juga perlu membongkok dan menerima "Hada" dengan dua belah tangan.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu "Hada Matahari" yang dinyanyikan penyanyi etnik Tibet, Guowa Jiamaoji. Lirik lagunya antara lain berbunyi "Aku mendaki gunung Himalaya sambil menyanyi. Sinaran suria seoleh-oleh menenun sehelai Hada berwarna emas. Memegang Hada itu seperti mencurahkan rasa sayang kepada tanah airku."

Etnik Tibet mempunyai banyak perayaan yang istimewa, antaranya termasuk Tahun Baru Tibet, Pesta Wangguo dan Pesta Xuedun. Selain sambutan Tahun Baru Tibet, Pesta Wangguo juga amat meriah. "Wang" dalam bahasa Tibet bermakna "tanah pertanian", dan "Guo" bermaksud "berpusing". Jadi, "Wangguo" bermaksud "berpusing di tanah pertanian". Pesta ini disambut oleh orang Tibet untuk memohon retu agar tuaian mereka tahun itu lebih baik. Sekarang saya akan menyiarkan lagu "Pesta Wangguo" sebagai lagu terakhir dalam rancangan kali ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China