Cari:
Makam Raja Zaman Dinasti Han (1)
2010-07-28 13:02:11 CRI Cetak

Makam Raja Zaman Dinasti Han

Pada zaman Dinasti Han, iaitu pada tahun 206 sebelum Masihi hingga 220 Masihi, orang China percaya bahawa jed boleh menyebabkan mayat manusia tidak reput. Oleh sebab itu, mayat maharaja dan golongan bangsawan dipakaikan dengan "pakaian jed" bagi menghalangnya daripada reput. Pakaian itu seperti baju perisai yang diperbuat daripada papan jed yang nipis dan rapi serta diikat dengan benang emas yang halus. Pada tahun 1968, pakar arkeologi China buat kali pertama menemui 2 helai "pakaian jed" yang lengkap yang sangat bernilai di Kaunti Mancheng Provinsi Hebei di utara China.

Makam Raja zaman Dinasti Han terletak di Kaunti Mancheng Provinsi Hebei, lebih 200 kilometer dari Bandar Beijing. Makam tersebut merupakan makam Raja Liu Sheng dari Negeri Zhongshan dan Permaisurinya Dou Wan pada zaman Dinasti Han Barat. Menurut catatan sejarah, Liu Sheng dilantik sebagai Raja Negeri Zhongshan pada tahun 154 sebelum Masihi. Baginda memerintah selama 42 tahun dan merupakan raja pertama Negeri Zhongshan.

Makam Liu Sheng

Makam Liu Sheng dibina di sebuah bukit yang terpisah daripada bukit-bukit lain. Banyak gaung batu telah digali di bukit itu. Gaung-gaung tersebut merupakan ruang makam yang fungsinya berbeza, antaranya ruang beradu dan ruang memainkan alat-alat muzik. Seluruh makam itu laksana sebuah istana yang mewah dalam gaung bukit. Susunan gaung-gaung batu pada makam Liu Sheng itu diatur dengan rapi. Projek itu sangat besar. Jika dibina dengan cara pembinaan moden, ia juga memerlukan ratusan orang pekerja yang membina bangunan selama kira-kira setahun seperti kerja-kerja pembinaan zaman dahulu.

1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China