Cari:
Makam Raja Zaman Dinasti Han (2)
2010-08-04 17:00:24 CRI Cetak

"Pakaian Jed"

"Pakaian Jed" ini diperbuat daripada bilah-bilah jed kecil yang nipis yang masing-masing berbentuk empat segi, empat segi panjang, trapezium dan segi tiga. Pada setiap segi bilah jed terdapat lubang kecil. Bilah-bilah jed tersebut diikatkan dengan benang emas halus menerusi lubang-lubang kecil tersebut. "Pakaian Jed" ini terdiri daripada 5 bahagian, iaitu tudung kepala, baju, seluar, sarung tangan dan kasut. "Pakaian Jed" itu sepanjang kira-kira 2 meter, diperbuat daripada 2,498 bilah jed nipis dengan benang emas yang kira-kira 1,100 gram beratnya.

Menurut kajian pakar, proses pembuatan "Pakaian Jed" ini sangat rumit. Terlebih dahulu, ketulan jed yang besar dipotong dan diasah menjadi bilah-bilah yang nipis menurut saiz berbeza-beza yang digunakan pada pelbagai bahagian "Pakaian Jed". Kemudian, setiap segi daripada bilah jed tersebut digerek lubang kecil. Menurut pengukuran, celah gergaji antara bilah-bilah jed pada "Pakaian Jed" hanya 0.3 milimeter sahaja, manakala garis tengah lubang bor pada segi-segi bilah jed hanya 1 milimeter sahaja. Ini memperlihatkan teknologi yang amat tinggi yang dikuasai oleh rakyat China lebih 2 ribu tahun lalu.

Kubur Dou Wan

Dalam kubur Dou Wan, Permaisuri Liu Sheng, juga telah ditemui "Pakaian Jed" yang serupa. Saiznya lebih kecil daripada "Pakaian Jed" yang ditemui dalam makam Liu Sheng.

1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China