Apa yang mengejutkan ialah, melalui penyelidikan arkeologi, patung-patung binatang pahatan batu itu mengandungi banyak fosil hidupan zaman purba yang berusia 300 juta tahun. Rahsia ini ditemui oleh seorang jurutera dari bahagian perlombongan perak di tempat itu. Kesimpulan tersebut telah disahkan oleh ramai pakar. Jurutera itu telah menemui banyak fosil alga dan batu karang dalam batu yang dipahat pada patung-patung tersebut. Penemuan tersebut menyebabkan laluan maharaja di hadapan Makam Xiao itu lebih terkenal. Ia bukan sahaja mempunyai nilai yang tinggi dari segi penyelidikan sejarah dan kesenian, tetapi juga mempunyai nilai sains yang tinggi.