Cari:
Xunzi, Ahli Fikir yang Cemerlang di China pada Zaman Purba (1)
2010-07-28 10:08:12 CRI Cetak
Xunzi dikatakan hidup dalam tempoh dari tahun 336 hinga 238 Sebelum Masehi. Beliau diiktiraf sebagai sarjana yang pandai menggabungkan keunggulan dari pelbagai kumpulan penyelidik pada zaman Musim Bunga & Musim Gugur dan zaman Negeri-negeri Berperang. Beliau juga dianggap sarjana terakhir yang cemerlang dalam menyebarkan ajaran Konfusius pada zaman sebelum Dinasti Qin.

Terdapat pelbagai pendapat yang penuh percanggahan tentang Xunzi, ada yang menganggap beliau sebagai pewaris yang betul-betul diwarisi inti sari ajaran Konfusius. Ada yang menganggap beliau sebagai pengkhianat kepada kumpulan penyelidik ajaran Konfusius; ada pula yang menganggap beliau tergolong dalam kumpulan penyelidik ajaran Fa yang berpegang pada pemikiran "Huanglao", iaitu sebuah pemikiran yang berkembang dari pemikiran Laozi; ada juga yang menganggap beliau hanyalah seorang pensyarah yang merupakan pengasas teori autokrasi; dan pelbagai tanggapan lain lagi.

Pada hakikatnya, sumbangan Xunzi terhadap ajaran Konfusius ini berpunca daripada "kepelbagaian" dan "Keluarbiasaan"nya dalam menghuraikan dan menyebarkan ajaran tersebut.

Nama Xunzi selalu disalahfaham. Ramai orang mengatakan nama keluarganya ialah Xun. Ini sebenarnya satu kesalahan. Semua karya, pada zaman sebelum Dinasti Qin, zaman Dinasti Han Barat dan zaman Dinasti Han Timur, kecuali "Catatan Sejarah" (Shi Ji), merujuk nama Xunzi dengan menggunakan "Sun" sebagai nama keluarganya. Khususnya dalam buku "Xunzi", penulsinya menggunakan "Sun" ketika menyebut nama keluarga ahli fikir ini.

Selain itu, Hanfei, salah seorang pelajar Xunzi, juga menyebut nama Xunzi sebagai "Sunzi" dalam karya-karyanya.

Dengan demikian, kita dapat membuktikan bahawa Xunzi dikenali sebagai "Sunzi" pada masan hidupnya, dan nama "Xunzi" hanya mula digunakan pada zaman sekarang.

Xunzi yang dilahirkan di negeri Zhao pada tahun 336 sebelum Masehi, berkemungkinan besar dari keturunan Huisun, putera negeri Wei. Keluarga Xunzi dikatakan barang kali berhijrah dari negeri Wei ke negeri Zhao.

Ketika berusia 20 tahun, Xunzi sudah pun menceburkan diri di arena politik di negeri Yan. Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Raja Kuai di negeri Yan yang menyerahkan tahktanya kepada seorang anak perdana menterinya, ketika itu. Namun, baginda tidak menerima pendapatnya.

Setelah gagal memujuk Raja Kuai di negeri Yan itu supaya mengitu nasihatnya, Xunzi terus "menyepi" dan tidak menampilkan dirinya dan aktivitinya kepada masyarakat umum lagi selama lebih 20 tahun. Keadaan tersebut berlangsung hingga ke tahun 286 sebelum Masehi. Ketika itu, barulah Xunzi muncul dalam masyarakat umum dengan menggelar dirinya "Xiucai".

Di negeri Qi, Raja Xuan damat giat menggalakkan pengembangan penyelidikan bidang ilmu, dan ini diikuti oleh Raja Min selepasnya. Pihak berkuasa di negeri itu terus menjadikan Akademi Jixiaxue tempat memikat pelbagai sarjana dan pakar untuk berkumpul membuat penyelidikan. Ramai sarjana yang ternama seperti Tian Jiao, Shen Dao, Jie Zi dan sebagainya yang diundang untuk berkumpul di Akademi Jixiaxue, dan kemudiannya diberi gelaran "Liedafu". Mereka ini mendapat layanan yang istimewa dan tugasnya hanya membuat penyelidikan, membincangkan isu politik ketika itu tanpa terlibat dalam pentadbiran. Mereka juga menghasilkan buku-buku yang penuh dengan sindiran terhadap gejala buruk yang berlaku dalam masyarakat.

Xunzi mula bertugas di Istana Jixiaxue ketika beruisa 50-an. Beliau tidak begitu selesa sarjana-sarjana yang sudah bertugas di sana, lalu beliau melemparkan kritikan terhadap tingkah-laku mereka yang dianggapnya tidak mengikut undang-undang yang diwarisi dari maharaja terdahulu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China